|
Mmmm berbalik pada raya..tahun nih aku akan menyambut first day raya kat kelantan yea...yeaa..balik kampung. Kepada kengkawan yang duk kat oversea tuh jgn sedih-sedih semoga raya korang lebih bermakna walau pun berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara. Aku akan balik ke Kelantan sesudah subuh di hari Jumaat nanti dan akan pulang beraya di Pekan pada hari Isninnya semoga perjalanan kami selamat sampai untuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara. Sempena raya tahun nih aku dah siap tepon mak aku suh sediakan bahan-bahan untuk sediakan juadah raya tahun nih...Insyaallah klau ikut apa yang di rancang aku akan sediakan nasi minyak berlauk ayam masak merah, nasi himpit, kuah kacang dan mungkin sedikit rendang daging..untuk dessert aku akan sediakan sedikit puding berkuah...mmm macam terasa nak makan dah. Dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada kengkawan yang mengenali kami. Salam Aidilfitri dari Kami Sekeluarga (Lynn, Haniff & Haikal). |
| Leave a Comment: |