Monday, December 01, 2008
To Release...

Assalamualaikum......

Dah setahun sebln aku meninggalkan blog aku ini....hari ni terdetik pulak untuk menjadikan blog nih tempat untuk aku lontarkan isi hati bagi mengubat luka dihati.....
Setiap insan bergelar anak, kakak, adik,isteri dan ibu hatta nenek sekalipun tidak pernah terlekang dari tercalar, terguris atau terluka hatinya.....Sebenarnya aku tak kisah pun kalau aku terguris ke atau tercalar ke perasaan aku nih...tp yang aku sakit hati nya org yang mengguris perasaaanku itu tidak perasan pun yg dia sudah mengusik jiwa halus mulusku ini....dah aku kena ubat sendiri luka atau calar dihati aku nih.....bila dah kena pujuk sendiri hati yg gundah tu..paham-paham la mula lak rasa diri tak disayangi....padahal orang yg mengguris hati kita tuh...tak de pun feel camtu...ya ke? harap2 ya la kan


Posted at 02:37 pm by halinz
Make a comment  

Thursday, November 01, 2007
Happy Birthday to me

Alhamdulillah semalam genap lah umurku 28 tahun. Nampaknya dalam usia aku 28 tahun aku akan mendapatkan 2 cahaya mata, pengarang jantung hubby dan aku..yang sorang dah mencecah usia 3 thn 6 bln dan yang sorang lagi incoming this December....Alamak bertambah meriah la rumah aku tahun depan..ditambah lak kalau betul la second baby ni boy gak....mmm anyway ok la at least haikal ( panggilan sekarang abang haikal) dah xde la main sorang2 n bercakap-cakap sorang. Kekadang aku ngan hubby naik kesian tgok dia main sorang2 cam gila2 lonely la....Hopefully pasni xde la dia asyik conquer TV je asyik CERIA 24 hours sampai aku ngan hubby tak merasa nak tgok citer lain. Mmmm apa la nama yang aku nak letak for second baby nih..tak tau lagi nak pilih nama apa...yang first dah Muhammad Alif Haikal...hubby cam nak kekalkan Alif tu....tapi Alif apa tak tau lagi....tapi tgok lah dulu...

Oooo klau sesapa nak tgok gambar kitorang bleh la g kat http://halinz2001.fotopages.com
Kat sini susah nak upload byk2 gambar

Posted at 08:22 am by halinz
Make a comment  

Wednesday, October 10, 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tak sabar rasanya nak berhari raya...nak datang keje pun dah malas..tapi aku tak leh nak ambik cuti awal dan lelama memandangkan aku ni bgaji hari kan...sayang la sapa nak bg gaji sehari tu utk aku...apa-apa pun aku kena bersabar la dulu sementara nak dapatkan permanent staff kat UIA nih atau pun mungkin ada rezeki kat tempat lain. Aku berharap sangat aku akan dilimpahi rezeki demi untuk anak aku yang kedua ni..semoga ada la rezeki untuk anak-anak ku nanti...

Mmmm berbalik pada raya..tahun nih aku akan menyambut first day raya kat kelantan yea...yeaa..balik kampung. Kepada kengkawan yang duk kat oversea tuh jgn sedih-sedih semoga raya korang lebih bermakna walau pun berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara. Aku akan balik ke Kelantan sesudah subuh di hari Jumaat nanti dan akan pulang beraya di Pekan pada hari Isninnya semoga perjalanan kami selamat sampai untuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara.

Sempena raya tahun nih aku dah siap tepon mak aku suh sediakan bahan-bahan untuk sediakan juadah raya tahun nih...Insyaallah klau ikut apa yang di rancang aku akan sediakan nasi minyak berlauk ayam masak merah, nasi himpit, kuah kacang dan mungkin sedikit rendang daging..untuk dessert aku akan sediakan sedikit puding berkuah...mmm macam terasa nak makan dah.

Dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada kengkawan yang mengenali kami. Salam Aidilfitri dari Kami Sekeluarga (Lynn, Haniff & Haikal).



Posted at 09:20 am by halinz
Make a comment  

Thursday, August 30, 2007
MERDEKA!!!!!!MERDEKA!!!!!!!!!MERDEKA!!!!!!

Alhamdulillah...kerana kita Malaysia masih berjaya mengekalkan kemerdekaan kita hingga ke hari ini. Tahun ini genaplah 50 tahun kita merdeka,aura 50 tahun kemerdekaan tu terasa meresap masuk ke dalam jiwaku ini..aku begitu mengagumi Bapa kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman kerana generasi beliau kita hari ini dapat bebas dari penjajah...Walaupun kita bebas dari penjajah tapi masih ramai lagi antara kita mengikut cara hidup penjajah...Perkara inilah yang menjadi kebimbingan setiap pelusuk masyarakat dimana dikhuatiri kita akan dibanjiri penjajah di tanah air tumpah darah sendiri. Kita generasi hari ini haruslah bangkit dan buka mata serta berfikir adakah kita ingin membiarkan semua ini terjadi...

Sempana kemrdekaan ini..aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut hari kemerdekaan yang ke-50 kepada seluruh rakyat Malaysia.  

Posted at 08:11 am by halinz
Make a comment  

Tuesday, August 21, 2007
TIGA...DYNA...MEBIUS....



Arini entry aku mmg agak bergegar sikit maklum la ada ultraman mendarat tiba-tiba...Kalau tak silap aku ni ultraman tigaBig Smile  magickan aku dapat kenal semua ni...ikutkan masa kecik aku pun tak pernah tgok dan tak pernah mengikuti cerita nih.....tapi skrg sejak hero aku dah kenal semua ni...dengan aku sekali nak kena berkenalan dengan ultraman-ultraman ni..yang aku ingat ultraman tiga, dyna and mebius.

Sekarang ni kat channel 24 Ceria ada tayang cerita Ultraman tiga..Kalau korang ada anak-anak yang meminati cerita nih bleh ikuti cerita ni setiap ari isnin-khamis kul 6.30 ptg sampai kul 7. Disebabkan cerita ni start kul 6.30 gak so Manjalara yang aku duk tgok terpaksa ditunda ke kul 7 baru bleh tgok...itupun bernasib baik klau mood dia ok. Tapi klau mood dia nak tgok cerita cartoon pastu ke atau nak g main beskal ke skejap..abis la aku melepas la...skrg ni mmg aku bleh tgok sesikit je la cerita tuh..

Mmmmm ni satu lagi sawan ultraman anak aku..aku pasti takde kat anak-anak orang lain....mana tak nya every time cite ultraman tuh abis dia akan melalak nak tgok lagi citer tuh..puas aku explain esok lak baru dia ada tapi cam biasa dia tak nak dengar..so aku biar je alih2 nanti pandai ler dia senyap sendiri.....yang aku ngan hubby aku tak tahan volume tangisan dia tu satu taman bleh dengar.  Pastu every time keluar  mesti kena beli satu cd  ultraman...So CD ultraman tu akan sentiasa di pasang nya sampai la CD tu dah rosak...yang tak tahan tu buat peluk tido tuh...bila mata terbukak CD tu la perkara pertama yang dia cari...

Itu ler...hero ku...pengarang jantung kami...tak larat klau aku nak tulis keletah dia tuh...aku sambung lain kali la pulak.


Posted at 11:06 am by halinz
Make a comment  

Tuesday, August 14, 2007
Dambaan Cinta

Tiba-tiba mood aku excited lak nak share something kat blog ni. Ini semua gara-gara  "Dambaan Cinta" . Weekend aritu aku sempat lah layan cerekarama "Cinta Mat Rempit". Jalan ceritanya tak tip top sangat aku rasa..tapi aku suka gak la layan cite tu mungkin kot hero dia tu pelakon favorite sejak dua menjak ni la..sbb aku rasa cite tu cam sweet je gitu tapi ada part touching gak la yang menyebabkan airmata aku berguguran setitik dua...tapi yang aku nak share kat sini sebenarnya soundtrack cite nih...lagu dia cukup jiwang dan cukup tersentuh la. Penyanyi dia sumpah aku tak pernah dengar.'DIDICAZLI'..n aku tak tau ler mamat mesia ke indon ke singapore. Tapi aku rasa telinga aku sedap mendengar lagu tuh. Pas abis cerekarama tuh aku suruh hubby aku cari lagu tuh..tapi dia tak layan sebab dia sibuk ngan keje dia so arini aku pun mulalah pencarian dia sambil buat keje dan after lunch baru aku berjaya..susah tul nak cari lagu nih. Bila dah dapat, PC aku lak tak elok tak kuar suara so aku pasang kat PC officemate aku la..entah brape kali ulang aku pun tak tau la..sampai sekarang still terpasang nih...kat sini aku nak share la lirik lagu nih.


 Dambaan Cinta

Ungkapan kata selindung hasrat nan dihati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa

Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin Berputik perasaan ini

c/o Kini baru ku sedari Selama ini kau kusayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada kufahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta

c/o2 Ikhlas kunyatakan
Kau yang kusayangi
Kau yang kucintai
Walau tak mampu kumilikki
Ingin kuluahkan Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Posted at 03:22 pm by halinz
Comment (1)  

Thursday, August 02, 2007
Puasa dah nak dekat..apalagi kena la ganti...

Walaupun dalam keadaan berbadan dua..aku kena gagahkan juga berpuasa almaklumlah..selagi hidup sebagai seorang perempuan tak sah tak miss puasa kan.Lain la klau pregnant...yang letihnya tahun lepas aku puasa half month je sbb demam and p***** tu pasal kena bertungkus lumus mengganti tu .Tahun ni insyaallah la bleh penuh...aku ni asyik kebetulan je..masa pregnant anak first pun aku dapat puasa penuh dan insyallah tahun ni klau tak de aral pun aku boleh berpuasa penuh.

Kalau dah berpuasa lak..macam biasa la sepanjang ari duk pikir apa la juadah nak berbuka nanti...arini aku ingat nak masak nasi goreng kampung je la..malas beria-ia sgt..sebelum berbuka memang semua benda nak makan tapi bila dah makan sejenis tu dah kekenyangan sebenarnya tapi nafsu punya pasal tu yang balon je semua yang terhidang.

  

Posted at 02:31 pm by halinz
Make a comment  

Tuesday, July 31, 2007
Welcome back

Mmm...Dah lama aku tak berceloteh kat sini...hampir terlupa dah id aku...itulah yang membuktikan betapa lamanya aku tak menjengah blog aku ni...Entah camne arini hati aku tergerak untuk menitipkan sepatah dua ayat kat sini...Aku akan cuba berceloteh kat sini bila aku terasa ngantuk sesangat.

Aku sekarang sudah bermaustautin(betul ke ejaan nih) kat Kuantan, Pahang...lebih tepat lagi kat Chengal Lempong dekat ngan Balok tue..Insyallah kekal kat situ la kot sbb dah beli rumah kat situ...tapi under construction lagi la.

Sekarang ni aku dah tukar keje baru...bermula 16 Julai aritu aku bergelar warga UIA Kuantan Campus....tapi blom sepenuhnya lagi la..sebab aku baru part time..Insyaallah ada rezeki aku akan kekal sini...Sperti yang korang tahu dulu aku keje sama ngan hubby aku kan....and now kitorang tak keje sama lagi..hubby aku dah mula berjinak-jinak membukak bussiness sendiri bersama kengkawan dia...Buat trading and service berkaitan ngan chemical and engineering ler...Aku berharap dan mendoakan semoga bussiness hubby akan bertambah maju.

Mmmm...hero ku...sekarang dah mengjangkau usia 3 thn 2 bln dah besar dah..dan insyaallah hujung tahun nanti dia bakal mendapat adik...Sekarang kandungan aku baru mengjangkau 4 bulan. Alhamdulillah bertambah lagi rezeki kami....Cukup la untuk entry arini nanti aku update lagi

Posted at 09:44 am by halinz
Make a comment  

Tuesday, August 01, 2006
Semoga Berkekalan.....

Tahniah buat Syau & Piang(course mate) tanggal 21 July aritu mereka selamat menjadi suami isteri.  Aku bersama hubby and heroku sempat meraikan majlis diorg, tapi kami cuma sempat bertandang ke majlis jemput menantu je kat Dungun (29 July). Semoga diorg kekal ke akhir hayat, and tahniah buat syau n piang sekali lagi, kerana perhubungan diorg ke jinjang pelamin juga akhirnya. Semoga cepat dapat anak..he..he...Kepada Syau, pandai-pandai lah ambik hati mak mertua

 

 


Posted at 09:05 am by halinz
Make a comment  

Wednesday, July 12, 2006
Today....

Mmmmm....pejam celik pejam celik....rupa2nya arini dah genap sebulan aku keje...eee cam xpercaya je. Keje kat sini ok la...lg pun aku tak pening sgt sebab hubby aku ada kat sini so ada masalah refer kat dia sbb department kitorg ada link. Actually, hubby aku bahagian manufacturing.

Alamak start minggu depan aku ngan puteraku haikal kesunyian la sebab papa nak kena g outstation kat Bangi selama 2 minggu, dia ada course under NIOSH, mmm apetah title course aku tak sure tapi short form dia "CHRA" maybe Chemical Hazardous bla..bla Assessment kot...entah ler...

mmm bila hubby aku xde ni, pening la aku nak menjawab ngan haikal sbb soalan favourite dia mesti " umi, papa ane (pelat skit)?" mahu sehari berpuluh2 kali. Dia memang camtu. Bila aku g keje pening gak org jaga dia nak menjawab bila dia tanya mana aku pegi...tapi skrg dia tanya dia jawab sendiri sbb bila time dia nangis org jaga dia tu ckp "umi g keje cari duit nak beli susu adik". Ini ler yg specialnya haikal walaupun dia 2 thn tapi dia dah paham apa yg org explain kat dia.....ok lah dah panjang ni aku nak sambung buat keje lah.      

 


Posted at 11:10 am by halinz
Make a comment  

Next Page



PROFILE LYNN
FULL NAME: NOOR AZLINA HALIM
NICK NAME : LYNN, MEK LYNN
MY HUBBY : MOHD KHAIRUL HANIFF B. MOHD HANIFIAH
MY SON : MUHAMMAD ALIF HAIKAL
EMAIL:HALINZ2001@YAHOO.COM


   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed